Bob Tutupoly kembali dengan `Widuri’


KUALA LUMPUR  – Suaranya masih merdu dan mempesonakan. Pada usia 71 tahun, Bob Tutupoly masih mampu memikat, membuat penonton terpaku di tempat duduk dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persembahan beliau. Walaupun ketika tidak bernyanyi, ungkapan dari

Bob Tutupoly

bibirnya ketika bercerita mengenai lagu dan anekdot peribadinya, sudah cukup memukau audien terhadap penyanyi veteran dari negara seberang ini.

“Saya telah mendendangkan lagu ini yang menaikkan nama saya, Widuri, lebih sejuta kali. Versi bahasa Inggeris akan diterbitkan tidak lama lagi. Widuri telah dinyanyikan dalam banyak bahasa, Tagalog, Thai dan Jepun,” kata Bob, ikon hiburan dari Indonesia ini sambil tersenyum mesra.

Bob tidak perlu berlatih atau mengadakan sesi latihan formal untuk memastikan suaranya kekal merdu sebegini. “Saya tiada masa untuk memilih dan berlatih setiap lagu pada setiap kali sebelum persembahan. Isteri saya pun tahu. Saya tidak tetapkan sesi latihan untuk beberapa hari sebelumnya. Jadual saya selalunya padat. Malah saya baru pulang dari Belanda dan akan ke Indonesia untuk satu lagi persembahan,” kata pelantun lagu malar segar Widuri ini.

Beliau berada di Malaysia hanya untuk satu malam untuk menghiburkan

Bob Tutupoly

para setiausaha dan ketua mereka serta para peminat pada majlis jamuan tengah hari di di Hotel Royal Chulan sempena sambutan Minggu Setiausaha.

SETIA PADA YANG SATU Bob mengakui tentang keasyikan ramai wanita mendengar lontaran suaranya, terutama ketika dalam usia muda, begitu ramai yang terpikat. Tidak diragui lelaki ini impian ramai wanita. Tetapi Bob menegaskan: “Saya setia dengan seorang wanita; isteri saya. Kami telah berkahwin selama 34 tahun yang membahagiakan. Saya suka mendendangkan lagu-lagu cinta kerana melaluinya saya dapat meluahkan rasa hati dengan baik.

Cinta memang membuatkan kita bahagia dan saya percaya cinta jugalah yang membuatkan saya sentiasa rasa muda dan dikasihi. Peminat setia Matt Monroe, Bob suka mendengar lagu-lagu nyayian Michael Buble, katanya, bila ditanya penyanyi pilihan beliau dalam generasi hiburan kini. “Saya memang sukakan suara Nat King Cole yang turut menjadi idola Matt Monroe. Persamaan dalam suara dan nada kami adalah kebetulan. Suara saya semula jadinya memang begini. Saya seronok jika dikaitkan dengan kedua-dua idola saya ini,” katanya.

MINGGU SETIAUSAHA – Bob menghargai peranan setiausaha yang dianggapnya mengawal pintu laluan untuk bercakap dan bertemu dengan ketua mereka. Faktor paling penting ialah memenangi hati mereka terutama ketika membuat panggilan telefon atau pada pertemuan pertama, katanya.

“Saya sudah mengalaminya. Saya mengusahakan perniagaan dari semasa ke semasa dan jika saya perlu bercakap dengan pembuat keputusan, setiausaha ialah yang memegang kunci untuk hubungan yang berjaya. Jadi kali ini saya menyanyi untuk mendendangkan para setiausaha. Mungkin selepas ini mudah bagi saya untuk dapat bercakap dengan bos mereka,” katanya bergurau. Ini kali kedua beliau berdendang pada majlis minggu setiausaha di Malaysia. Yang pertama ialah lapan tahun lepas.

Hampir semua tempat duduk daripada 58 buah meja yang ditawarkan, dibeli

The Royale Hotel Chulan

syarikat-syarikat koprorat sebagai menghargai para setiausaha atas tugas dan tangggungjawab yang mereka laksanakan. Dendangan lagu-lagu kegemaran peminat Bob, yang baru dan yang malar segar, sememangnya memukau para setiausaha yang melupakan sejenak tugas di pejabat.

Ramai juga yang turut bernyanyi mengikut setiap patah lagu yang didendangkan penyanyi ini, antaranya – ‘Aku Malu,’ ‘Can’t Help Falling in Love,’ ‘Sway’ ‘New York, New York’ dan ‘Aku Cinta Pada Mu,’.

POPULAR – Bob Tutupoly juga tidak asing dengan pencinta muzik Malaysia. Persembahan beliau di hotel itu kali terakhir ialah pada majlis pembukaan Hotel Royal Chulan. Widuri, lagu popular sejak 1977, digubah oleh Slamet Adriyadie, yang rapat dengannya sejak kecil..Beliau akan mengeluarkan album baru sebelum akhir tahun, sebagai hadiah tanda penghargaan kepada semua yang membantu dari segi semangat dan galakan sepanjang 54 tahun beliau berkecimpung dalam dunia hiburan.

Bob Tutupoly

“Bob Tutupoly ialah seperti keluarga bagi saya dan keluarga. Beliau berfikiran kritikal tetapi tidak pernah cakap belakang. Beliau tulus. Saya suka mendengar nasihat beliau dan saya mengambil nasihatnya dengan serius,” kata Chandra Chasmala, pengarah muzik Bob, yang juga anggota kumpulan D’Lloyd, yang turut popular suatu ketika dulu.Chandra mengikut Bob di mana sahaja penyanyi ‘Widuri’ itu membuat persembahan.

Menurut beliau, Bob memberikan beliau banyak pengalaman dan peluang baru dalam kerjayanya dan memastikan belau lebih menyedari akan keperluan dalam industri ini.”Saya bersyukur dan bangga pada tahap usia saya ini, saya telah mencapai semua ini. Saya hanya ada sedikit masalah gula (kesehatan), tapi saya rasa ini yang membuatkan diri dan suara saya sentiasa manis,” katanya berjenaka sambil melambai kepada para peminatnya yang masih berkumpul sebelum meninggalkan dewan persembahan pada tengah hari itu. — (sumber: Media Bernama KualaLumpur/Utusan Online Malaysia/IM)

Keterangan photo:

BOB Tutupoly mengadakan persembahan pada Minggu Setiausaha di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. — Utusan Online/Photo courtesy FATAH SULAIMAN

Digg This
Reddit This
Stumble Now!
Buzz This
Vote on DZone
Share on Facebook
Bookmark this on Delicious
Kick It on DotNetKicks.com
Shout it
Share on LinkedIn
Bookmark this on Technorati
Post on Twitter
Google Buzz (aka. Google Reader)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *