Budaya Minang
(dikumpulkan oleh edllsda99/IM)


Suku Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini).

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar, adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

Asal-usul nama

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, yaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari negara berjiran mengenai isu tanah. Untuk mengelakkan diri mereka dari pada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor sapi yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, sang sapi dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau yang ganas itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah itu dengan cara yang aman.

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu. Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkankan ramai kaum lelaki Minangkabau untuk merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan berdagang. Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalu akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau di mana mereka diajarkan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula, mereka digalakkan untuk meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba ilmu di sekolah atau menimba pengalaman di luar kampung dengan harapan yang mereka akan pulang sebagai seorang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman).

Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah Awak (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi. Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan di Malaysia.

Selain daripada dikenal sebagai orang pedagang, masyarakat Minang juga berjaya melahirkan beberapa penyair, penulis, negarawan, ahli fikir dan para ulama. Ini mungkin terjadi kerana budaya mereka yang memberatkan penimbaan ilmu pengetahuan. Sebagai penganut agama Islam yang kuat, mereka cenderung kepada idea untuk menggabungkan ciri-ciri Islam dalam masyarakat yang moden. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh para cendekiawan bersama dengan semangat bangga orang Minang dengan identiti mereka menjadikan Tanah Minangkabau, yaitu, Sumatra Barat, sebagai sebuah kuasa utama dalam pergerakan kemerdekaan di Indonesia.

Masyarakat Minang, terbagi dari beberapa suku, yaitu, Suku Piliang, Bodi Caniago, Tanjuang, Koto, Sikumbang, Malayu dan Jambak. Kadang-kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal dalam satu rumah besar yang dipanggil Rumah Gadang. Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka, yaitu, bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu tetapi berbeda dari segi sebutan dan juga tata bahasa hingga menjadikannya unik dari bahasa Melayu.

Salah satu aspek terkenal mengenai orang Minang adalah makanan tradisional mereka seperti rendang, Soto Padang (makanan sup), Satay Padang dan Dendeng Balado (daging dendeng berlada). Restoran Minangkabau yang sering disebut "Restoran Padang" dapat dijumpai di seluruh Indonesia dan di negara-negara jiran yang lain.

Upacara dan perayaan Minangkabau termasuk:
Turun mandi - upacara memberkati bayi
Sunat rasul - upacara bersunat
Baralek - upacara perkahwinan
Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu. Upacara ini akan berlangsung selama 7 hari di mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung yang lain akan dijemput
Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong
Manyabik - upacara menuai padi
Hari Rayo - perayaan Hari Raya Idul Fitri
Hari Rayo - perayaan Hari Raya Idul Adha
Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada ibu mentua sewaktu bulan bulan Ramadan
Tabuik - perayaan Islam di Pariaman
Tanah Ta Sirah, perlantikan seorang Datuk (ketua puak) apabila Datuk yang sebelumnya meninggal dunia silang beberapa jam yang lalu (tidak payah didahului dengan upacara batagak pangulu)
Mambangkik Batang Tarandam, perlantikan seorang Datuk apabila Datuk yang sebelumya telah meninggal 10 atau 50 tahun yang lalu (mengisi jawatan yang telah lama dikosongkan)

Seni tradisonal Minangkabau termasuk:
Randai, teater rakyat dengan memasuki muzik, tarian dan drama Saluang Jo Dendang, serunai bambu dan nyanyian
Talempong muzik bunyi gong
Tari Piring
Tari Payung
Tari Indang
Pidato Adat juga dikenali sebagai Sambah Manyambah (sembah-menyembah), upacara berpidato
Pencak Silat

Kerajinan tangan traditional Minangkabau termasuk:
Kain Songket
Sulaman
Ukiran kayu
Menukang emas dan perak

Agama
Kebanyakkan orang apabila diberitahu bahwa masyarakat Minang merupakan penganut Islam yang kuat merasa bingung karena anggapan mereka ialah sebuah masyarakat yang mengikuti sistem saka (matriarchal) akan sering berselisih dengan faham Islam yang lebih patriarchal. Namun sebenarnya, terdapat banyak persamaan di antara faham Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang membedakan satu dari pada lainnya.


 
       

 


FastCounter by bCentral