|
|
|
SEJARAH
BUKIT CHINA DI MALAKKA
RM Danardono HADINOTO
Dalam perjalanan saya ke Malaysia, saya bersama rombongan
wisatawan yang terdiri dari sahabat2 saya dari Austria dan
Jerman, melawat ke negara bagian Malakka, di pantai barat
Malaysia. Malakka ini menyimpan warisan budaya2 yang membentuk
khazanah kebudayaan Malaysia: Portugis, Belanda, Tionghoa,
dan Malayu.
Tempat ini bukan sekedar tempat wisata, namun juga merupakan
titik tolak kerajaan Malakka, yang kemudian berubah menjadi
Malaysia dalam kurun ratusan tahun. Kerajaan , yang menyebrang
dari Sumatra ke pantai barat Malaysia. Pengeran ini bernama
Parameshwara.
 |
Sang pangeran
ini, na logis, pada awalnya adalah penganut agama Hindu.
Pada 1400 A.D., menguasai Singapura, yang kala itu bernama
Temasek, menyingkir ke pantai Malaysia untuk menghindari
serangan2 Majapahit. Dari sungai Seletar, Parameswara menuju
Muar, kemudian menyusuri pantai keutara, dan mendirikan
kerajaan Malakka ditahun 1402. Ia menikah dengan seorang
putri dari kerajaan pasai (Aceh), lalu menggunakan gelar
"Syah", dengan gaya Persia. Ia menamakan dirinya
sejak itu Iskandar Shah. Admiral Cheng Ho yang mengunjungi
Malakka pada 1409 menulis bahwa ia yang menjadi raja disana,
dan kelihatannya rakyatnya juga sudah Muslim.
Diluar kota Malakka, kami lihat sebuah makam Tionghoa yang
sangat luas, terletak diatas sebuah bukit. Konon khabarnya,
makam ini adalah makam Tionghoa terbesar di Asia Tenggara
(atau diluar Tiongkok?). Sebuah sumber Melayu berita mengkisahkan
sebagai berikut (dalam bahasa Melayu):
ULU HSU ? begitulah kawasan-kawasan Negeri Melaka ? bandar,
sungai, Melaka dan bukit-bukitnya telah direkakan oleh penulis-penulis
Negeri China sebelum Melaka menjadi tempat yang masyhur.
Sejarah Negeri China menyebutkan Melaka dengan nama LIMA
PULAU.
Dari tempat yang tiada nama, Melaka mendapat nama setelah
kedatangan Parameswara. Nama asal Bukit China tidak dicatatkan
di dalam mana-mana dalam sejarah. Catatan pertama mengenai
Bukit China terdapat selepas Sultan Mansur Syah berkahwin
dengan Puteri Raja China, Hang Li Poh.
Sultan Mansur Syah memerintahkan supaya sebuah telaga dibuat
dan dibina sebuah istana dan dijadikan bukit itu sebagai
tempat kediaman Puteri Hang Li Poh dan 500 orang pengikutnya.
Mereka memeluk agama Islam. Mengikut Sejarah Melayu, Sultan
memberikan bukit ini untuk kegunaan mereka dan dari situlah
bukit ini dinamakan ?BUKIT CHINA?.
 |
Kisah Bukit
China timbul sekali lagi dalam masa pemerintahan Portugis
apabila seorang paderi membina sebuah Monastry di kemuncak
bukit itu pada tahun 1581. Pada tahun 1628, angkatan perang
Aceh menyerang dari Bukit Pipit membinasakan Monastry tersebut
dan seterusnya menembaki Kota Melaka. Pembinaan semula Monastry
ini tidak juga kekal kerana pertempuran Belanda dengan Portugis
menghapuskan dan yang tinggal ialah kesan-kesannya sahaja.
Kubur-kubur orang Islam yang masih ada di atas Bukit Gedung
ialah menurut kepercayaan orang-orang tua, kubur askar-askar
Acheh. Kubur-kubur ini terletak di sekeliling sebuah keramat
yang bernama ?Keramat Panjang?.
Telaga di kaki Bukit China ini terkenal sebagai Perigi Raja
atau Perigi Hang Li Poh atau Perigi Sam Poh. Perigi ini
masih ada dan telah digunakan zaman pemerintahan Sultan
Mansur Syah (1458-1477). Perigi ini memainkan peranan penting
dalam pertahanan Melaka.
Oleh itu Sultan Johor telah meracunkan perigi ini pada tahun
1551. Kemudian Kerajaan Belanda membangunkan dinding penahan
di sekeliling kawasan perigi ini supaya terjaga keselamatan
air perigi tersebut.
Pada masa pemerintahan Belanda, seorang hartawan yang bernama
Li Kup @ Lee Wei Chin berkongsi dengan Tay Kup @ Tay Hong
Yong membeli Bukit China untuk kegunaan kaum China tempatan.
Dari masa itulah bukit ini telah digunakan untuk perkuburan
masyarakat China tempatan.
Kapitan Li Kup menyerahkan kedua-dua bukit ini kepada Lembaga
Amanah Tokong Cheng Hoon Teng untuk menguruskan dan menjaganya.
Pada tahun 1827, Bukit China menjadi tanah sewa (lease)
999 tahun. Pada tahun 1939, bukit-bukit tersebut telah didaftarkan
mengikut cara-cara perjanjian tahun 1644. Pada tahun 1949,
pusat Kerajaan Inggeris mengeluarkan satu Ordinan iaitu
?Cheng Hoon Teng (Incorporation) Ordinance' (Bilangan 34/1949)
merangkumi pernyataan perjanjian 1173/39. Namun demikian,
Bukit China termasuk Bukit Gedung menjadi tempat perkuburan
kaum China tempatan.
Luas Bukit China termasuk Bukit Gedung ialah 106 ekar dan
20 pole. Bukit China terkenal sebagai tempat sejarah di
luar negeri. Perkuburan ini juga terkenal kerana kebesarannya,
kerana di luar Negeri China sendiri Bukit China dapat dianggap
sebagai tanah perkuburan yang terbesar. Antara kubur-kubur
yang terdapat di atas bukit ini, kita dapati beberapa kubur
Kapitan China tempatan. Di samping ada juga kubur-kubur
orang Islam - Melayu, Acheh, Keramat Panjang dan tinggalan
Monastry Portugis.
Monastry Portugis tersebut telah dibina di tempat tinggi
sekali 149 kaki yang menjadikan bandar Melaka dan Selat
Melaka dapat dilihat. Disekeliling bukit ini terdapat banyak
perigi yang digali, dan diantaranya yang paling terkenal
ialah Perigi Raja.
Bandar Melaka mempunyai kesan-kesan sejarah yang begitu
banyak jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Malaysia.
Ia juga melalui beberapa pemerintahan, malangnya setiap
pemerintahan tidak dapat melindungi tempat-tempat sejarah,
sehingga banyak juga kesan-kesan sejarah telah musnah, (terutama
kesan sejarah Kesultanan Melayu Melaka).
Setiap pemerintahan cuba menukar keadaan yang wujud di Melaka.
Walau bagaimanapun, Melaka sememangnya dikenali umum kerana
sejarahnya. Oleh itu adalah penting bagi kita memelihara
tempat-tempat sejarah supaya Melaka dapat mempertahankan
namanya sebagai ?Tempat Bersejarah? bila-bila masa pun.
Bukit China menjadi salah satu tempat bersejarah di Melaka
yang diketahui umum. Para pelancong melawat Perigi Raja
setiap hari. Dari segi nilai sejarah Perigi Raja tidak dapat
dipisahkan daripada Bukit China. Perigi ini juga terkenal
sebagai telaga yang tidak pernah kering walau pada musim
kemarau panjang. Mungkin mata air yang sentiasa membekalkan
air ini datang dari Bukit China, dan jika tiada Bukit China
mungkin juga perigi ini boleh kering.
Dengan demikian, Bukit China haruslah dipelihara dan disimpan
sebagai tempat sejarah yang ada kaitan rapat dengan rakyat
dan kerajaan Melaka. Jika bukit ini dihapuskan, maka nilainya
sukar sekali untuk diganti dengan wang ringgit.
Menarik bukan?
|